a Blog Si Topeng Besi back to top

Friday, August 26, 2011

Apabila SI PENGEMIS BERLAGAK JUTAWAN...


Assalamualaikum kepada korang yang sedang melawat blog aku pada ketika ini. Macam yang korang tengok kat tajuk diatas tu, isu aku kali ni adalah berkaitan dengan mangkuk-mangkuk hayun yang miskin tapi berlagak nak hidup mewah macam anak-anak mak datok tan sri menteri. Seperti yang korang tau, negara kita mengamalkan pinjaman kewangan mudah kepada rakyatnya khususnya kepada kakitangan kerajaan yang boleh buat loan banyak-banyak kat bank. Lepastu buatpa lagi? Dah lulus pinjaman, ENJOY SAKAN LAA. Beli barang-barang jenama mewah mengalahkan anak menteri. Padahal korang tu anak dreba lori je.

Adakah puak-puak ni hidup semata-mata untuk enjoy tanpa pikiaq yang bank bakal jerut leher depa macam anjing pasal hutang? Tapi bila lu dah takdak duit nak bayar hutang, itu pihak bank datang mau tarik lu punya keta balik, lu sembunyi. Ada yang lagi teruk siap buat perangai gangster ugut-ugut nak tetak laa, nak bunuh, nak pukul penarik kereta laa. Lu nak tunjuk lu punya mafia. Tapi lu ni mafia kategori pengemis. Sekali masuk kes polis ngan makhamah, mana lu punya SENGAT maa? Bodo-bodo jer mu kena cekup. Ingat-ingatlah. Berapa ramai puak-puak seumpama lu dah kena sumbat dalam lokap?

Biar papa asal bergaya. Itu laa motif mereka. Sebab nak menunjuk-nunjuk yang depa ada duit, nak bergaya hidup mewah-mewah punya pasai, sanggup berkorban makan megi, roti Hi-5 tiap-tiap hari. Orang lain yang berduit pakai mewah, depa pun nak hidup mewah gak. Tapi tak reti nak ukur seluar dalam sendiri dengan seluar dalam orang kaya. Ko spenda lusuh, depa spenda sutera emas. Ko buat pinjaman maksimum dengan bank. Pastu duit tu ko buat apa? Enjoy sana sini, heng sana, heng sini, beli barang-barang kemas rantai, gelang mahal-mahal berjenama sebab nak menunjuk kat kawan-kawan terutamanya kaum pompuan sampai nak beli LAMPIN PAKAI BUANG pun dah takdak duit dah.

Wednesday, August 17, 2011

Paksa Perlahankan Suara Orang Membaca Ayat Suci Al-Quran? FATWA SESAT MANA NI???


Assalamualaikum dan selamat petang. Pada kali ni aku terpanggil untuk mengkritik tentang isu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang melarang penggunaan pembesar suara ketika bacaan Al-Quran pada waktu Subuh sebab dikatakan amalan tu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh menganggu orang lain di dalam dan diluar masjid terutamanya orang yang jenis tido mati tak sedar diri yang confirm tak bangun sembahyang Subuh pagi-pagi tu. ARAHAN YANG TERSANGATLAH BANGANG!!

Cuba tengok kat Penang tu wahai JHEAIPP, kalau pusat hiburan DISKO, hangpa bagi bising POM PANG POM PANG sampai pukul 3 pagi. Ni bacaan Al-Quran 30 minit sebelum azan subuh pun lu mai hingaq-hingaq ke bai? Adakah hiburan dunia bagi hangpa lebih penting daripada akhirat? Ni negara kafir ka negara ISLAM sampai nak buat amalan baik pun kena BOMM!!?? Aku tak puas hati bila keluaq fatwa yang kata bacaan Al-Quran atau zikir-zikir yang kuat boleh mendatangkan riak bagi orang yang membacanya mengikut Hadis Rasulullah S.A.W. Aku rasa laa sapa yang keluaqkan kenyataan ni nampak ja alim tapi otak kosong. Tau keluaq Hadis, tapi tak kaji maksud dulu disebalik ayat-ayat Hadis tersebut. Untuk pengetahuan hangpa semua laa, dalam Islam terdapat 2 Azan Subuh. Azan pertama untuk kejutkan orang ramai supaya bangun untuk tunaikan solat. tetapi tak dipratikkan kat Malaysia ni sebab takut org ramai terkeliru dengan waktu subuh sebenar. So salah ke kalau bacaan Ayat Al-Quran digantikan dengan Azan Subuh pertama untuk gerak orang untuk bangun bersiap-siap untuk solat Subuh? Berdosa ka?? Tak dapat pahala ka? Tu bukan namanya nak riak-riak, BODOH BAHLOL!!


Kalaulah nak gerak orang Islam tapi diharamkan memakai mikrofon, So macamna kita nakbuat? Nak baca kuat-kuat Al-Quran sampai nak pecah anak tekak macam konsert karoke kat tokong tu? Sapa nak tanggung dosa tu pulak? Mufti? JHEAIPP?? Apasal laa benda baik macamni pun depa nak jadikan isu larangan? Ni orang-orang yang diiktiraf ALIM dalam negara ni pun dok kondem-kondem jugak, apa cer? Adakah manusia-manusia yang suka kondem ni memang jenis suka sembahyang Subuh last minit dekat-dekat pukul 8 pagi? Jenis tak suka sembahyang subuh awal-awal takpa lagi, cuma jangan sampai tak sembahyang Subuh langsung sudah! WALLAHUALAM. Sepatutnya hangpa orang-orang alim ni laa yang kena fight untuk menegakkan perkara-perkara baik macam ni. Ni hangpa plak yang kondem! @#$%^TUUUUT!!

Wednesday, August 10, 2011

Ibu Tunggal Dan Fakir Miskin MELUTUT JILAT TAPAK KAKI GENG GEREJA. Salah siapa??


Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat bersahur pada pagi nanti. Seperti yang korang tengok pada tajuk diatas. Aku punya ayat-ayat pedas kali ni adalah berkisar mengenai tarikh 3 ogos 2011 lalu dimana negara kita telah dikejutkan dengan tindakan yang dikatakan biadap yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dilaporkan telah menyerbu serta mengganggu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran. Menurut paderi gereja tersebut, majlis ini bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.

Yang mengejutkan ramai pihak adalah kerana antara tetamu-tetamu yang hadir ke majlis tersebut termasuklah ibu-ibu tunggal dan fakir-fakir miskin beragama ISLAM (Orang-orang yang tak mampu menyara hidup dan hanya mampu bergantung bantuan kewangan dari pihak lain tu dikira fakir miskin laa ye). Tetapi rupa-rupanya selain diundang, mereka juga turut diselitkan dengan pemahaman dan cubaan untuk menarik umat Islam kepada kristian oleh pihak gereja seperti didakwa oleh JAIS.


Dikatakan juga setelah disiasat, ibu tunggal dan fakir-fakir miskin yang terlibat dalam majlis tersebut tu sebelum ni memang dah pernah dah dapat bantuan dari geng-geng gereja tersebut. Akibat peristiwa ni, maka bermulalah episod pertelagahan antara ahli-ahli politik puak kerajaan dan puak pembangkang yang menyalahkan antara satu sama lain pasal serbuan JAIS yang dianggap tak menghormati agama lain tu. Malah NGO-NGO yang bukan Islam dan yang bukan kristian pun dah mula tunjuk belang nak campur tangan. Then, NGO Melayu pun mula laa nak mengamuk naik angin sama nak tunjuk kuasa. Kemudiannya bermula laa acara tuduh menuduh tindakan dia ni salah, dia ni betul. Yang untung, media yang sentiasa dapat menangguk hasil isu citer murahan dari peristiwa yang macamni siap diperbesar-besarkan sekali. Kenapa perkara macamni boleh berlaku kat negara yang kononnya 1 MALAYSIA ni yang diwawar-wawarkan sentiasa bersatu? Otak semua orang-orang yang nak timbul-timbulkan pergaduhan ni dah jadi BENGONG kott??