a Blog Si Topeng Besi: Tindakan Penguasa Pejabat Agama Yang BANGANG. back to top

Saturday, August 6, 2011

Tindakan Penguasa Pejabat Agama Yang BANGANG.


Assalamualaikum dan selamat petang. Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua pelawat-pelawat yang beragama Islam. Aku ingat bulan-bulan posa ni aku taknak laa mengutuk kondem-kondem orang. Tapi terpaksa jugak aku bukak mulut disebabkan ada je tindakan yang tak wajar oleh sesetengah manusia ni buat. Al-kisah macamnilah citernya:-

Aku terbaca Metro baru-baru ni, seorang lelaki Mualaf ditangkap khalwat selepas sebulan masuk Islam. Dia ditangkap dengan sorang wanita yang bukan muhrimnya dalam sebuah rumah sewa. Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan denda tak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. Haa. Apa korang rasa? RASA BANGANG TAK TINDAKAN YANG DIBUAT OLEH PENGUASA PEJABAT AGAMA SERTA JABATANNYA SEKALI TU???


Kenapa aku cakap tindakan ni satu tindakan yang bangang? Aku ada reason aku sendiri. Ok. Macam ni, korang tau kan yang terbabit tu seorang MUALAF. Diulang MUALAF yang BARU JE SEPURNAMA PELUK ISLAM yang taktau banyak pasal Islam, tapi disabitkan pulak dengan kesalahan macam tu. Korang rasa wajar ke?? Kalau diikutkan, mungkin agama dia dulu boleh bersekedudukan laki pompuan. Adakah sapa-sapa je yang baru nak masuk Islam terus jadi terer pengetahuan dia macam ustaz yang tau hukum halal haram?? Dari segi ni, kita jangan laa pikir pakai tumit kaki!




Aku rasa orang bukan Islam pun takut nak masuk Islam kalau terus-menerus Jabatan tersebut buat tindakan dan undang-undang macam ni. Saudara baru kita yang masih haram taktau selok-belok Agama terus kena tangkap, kena dakwa, kena sumbat lokap. Macamni ke negara kita nak sebarkan Islam yang membawa mesej keamanan dan kedamaian hati? Keamanan tengkorak apa macam ni? Baru je masuk Islam dah kena reman, dah kena penjara dah? MasyaAllah, amannya kalau masuk Islam! Sepatutnya mualaf patut diberi nasihat dan ditegur secara baik terlebih dahulu. Bukan terus dihukum. Ni hangpa tangkap, denda duit-duit ni, hangpa nak apa sebenarnya? Nak buat duit melalui nama Agama untuk bayaq gaji hangpa ka? Mana boleh gua diam kalau Agama gua dipergunakan!


Hangpa tolong laa fikiaq pakai otak wahai orang-orang yang mencari rezeki di Pejabat-pejabat Agama kat seluruh Malaysia ni. Jangan tau nak buat duit dengan serbu orang buat maksiat jaa. Korang suka sangat nak cegah benda maksiat yang sembunyi-sembunyi orang buat kan? Tu dosa dia dengan Allah. Tak pernah ke hangpa semua dengar ayat yang Allah Maha Melihat?? Yang Kelab-kelab malam penuh maksiat, Pusat-pusat judi casino, Sport toto yang bercambah kat Malaysia ni yang hangpa MELIHAT depan mata hangpa yang celik tu hangpa tak berani nak serbu pulak sebab ada LESEN. Kalau orang yang nak buat maksiat dalam bilik hotel, dalam rumah pun boleh buat lesen, confirm-confirm laa hangpa tak berani nak serbu walaupun ada aduan kan?Kesimpulannya disini hangpa sebenarnya takut LESEN je dari HUKUM AGAMA ISLAM SEBENAR.


Akhir kata, aku takda niat nak kondem-kondem kerja hangpa yang nak mencegah kemungkaran wahai Jabatan Agama Islam. Tetapi kalau ada melibatkan benda-benda yang tak kena, yang macam menyeleweng dari hukum Islam, aku akan kondem dengan sekeras-kerasnya! Wahai masyarakat. Sedarlah korang, kalau ada sesuatu benda yang tak betul berlaku kat depan mata hangpa, cegahlah. Semoga negara kita aman makmur tanpa ada undang-undang yang bertopengkan Agama. Bye!







0 comments:

Post a Comment