a Blog Si Topeng Besi: Penulis Artikel Yang BODOH BAHLOL! back to top

Tuesday, July 26, 2011

Penulis Artikel Yang BODOH BAHLOL!











Assalamualaikum dan selamat malam. Kelmarin aku agak panasss dengan sorang penulis artikel sebuah akhbar terkemuka ni. Dalam artikel yang dia tulis, dia seolah-olah memperlekehkan penulis-penulis blog yang makin bercambah di dunia cyber dewasa ini. And then apalagi, of course laa aku pun terasa!


Antara ayat-ayat yang dia cakap, org yang takde latar belakang kewartawanan dan perundangan tak layak menulis blog. Apa? orang yang takda latar belakang kewartawanan dan perundangan tak layak ke nak beri pendapat? Nasihat? Apasal yang bengong sangat? Aku ada mulut, ada idea, ikut suka aku laa nak tulis apa pun. Blog hak aku. Kalau nak bercakap pasal kebenaran pun kena ada degree ka? Tak payah kan? Asal aku ada Agama dan niat yang baik, aku rasa dah cukup laa untuk aku bercakap pasal kebenaran dan mengajak kearah kebaikan ataupun mencaci benda-benda yang aku rasa tak betul.

Bagi aku, blog adalah web catatan peribadi seseorang. Kenapa plak seseorang blogger tak boleh nak bagi pendapat dia sendiri? Dia nak bajak atas ladang dia, dia punya suka laa, kenapa laa ada tikus dan serangga perosak yang dengki sangat? Tapi aku tak terkejut laa sebab dah memang nature laa binatang-binatang macam tu memang menganggu hak orang lain. Binatang kan? Bukannya ada akal. So, kalau ko dah buat benda betul dan tunjukkan contoh yang baik, kenapa ko takut orang lain terpengaruh pulak bila orang lain mencaci dan menghina ko dlm blog beliau kan?


Apa yang aku nampak sekarang, berapa ramai blogger yang dah kena tangkap dan kena dakwa sebab buat ayat-ayat kasar dan tegas untuk memperkatakan benda betul. Aku manusia, Allah bagi aku akal, so boleh laa aku fikir mana baik-buruk. Tapi tu laa, ayat-ayat berapi sikit, kena tangkap. Ayat-ayat bau semangat nasional sikit, dah kena tangkap, kena warning, kena dakwa. Apa cer??? So, adakah dalam blog-blog sekarang ni semua nak kena tulis ayat-ayat manis puitis dan bodek-bodek saja baru tak kena tangkap? Alahai… Nampak gaya aku kena bukak balik laa buku karangan Shakespeare tu. Bagi ayat kaw-kaw punya jambu bila nak tulis dalam blog aku.. Hakkk!Ptuii..! Gelii aku.. :p


Satu lagi, beliau juga ada menyebut bahawa catatan dalam Facebook pun boleh membawa kepada penghasutan para pembaca-pembaca yang view page seseorang tu. In my opinion laa, catatan dari Facebook page adalah catatan peribadi dan umum pemilik profile terbabit. Sebab tu laa adanya Login dan ada Password. Kenapa laa nak sebok-sebok nak kacau tepi kain orang. Kalau diri sendiri tak cukup kain, pakai je skirt. Design elok-elok bagi nampak seksi. Ni tau nak jaga selak kain orang jerr. Kalau tak nak bagi para blogger dan Facebooker bagi pendapat, aku cadangkan beliau usul je kat kerajaan supaya block jer Facebook, Blogger, Wordpress dan forum-forum yang ada post isu-isu politik atau yang beliau rasa berbau fitnah yang dah ada beribu-ribu dan yang dah makin bercambah dalam dunia internet dari hari ke hari nih.


So berbalik kepada isu yang pertama tadi, adakah orang yang tak terlibat dalam kewartawanan dan perundangan tak layak untuk menulis blog yang merupakan catatan dan idea sendiri seseorang blogger? Takkan nak bagi pendapat sendiri dalam blog sendiri atau Facebook sendiri pun nak kena mintak izin? Lu sapa nak tentukan? Lu taiko? Ayahda, Abangda?? Dan lagi bukan bapak lu yang running syarikat blog-blog ni. So shut the hell up laa! Fikir dulu sebelum buat kenyataan. Jangan senang-senang nak tuduh-tuduh orang tak berilmu.


Harus diingat berapa ramai blogger yang ada kelulusan Degree, Master dan PHD. Jangan harap lu punya bidang kewartawanan tu bagus sangat. Klo lu cakap serupa itu anjing, so lempar je lu punya degree kewartawanan tu masuk longkang. Cukuplah aku hentam-hentam setakat ni. Nanti kang aku kena hentam kat luar pulak. KAHKAHKAH! Bye.

3 comments:

nadira shahid said...

blog for everyone.. cara yang paling mudah untuk kita mengutarakan pendapat ;) jgn disalah gunakan sudah la.. PHD? wah, byk nya masa dia menulis di blog, ingat menghabiskan masa menulis journal ;P btw, again, blog for everyone..

Si Topeng Besi said...

nadira: aku setuju ngan pendapat ko nad. blog always for everyone :)

Anonymous said...

la.. lantak la nak ada blog or what.. maybe beliau 'dengki' kot.. muahahhhaha..

Post a Comment