a Blog Si Topeng Besi: Ibu Tunggal Dan Fakir Miskin MELUTUT JILAT TAPAK KAKI GENG GEREJA. Salah siapa?? back to top

Wednesday, August 10, 2011

Ibu Tunggal Dan Fakir Miskin MELUTUT JILAT TAPAK KAKI GENG GEREJA. Salah siapa??


Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat bersahur pada pagi nanti. Seperti yang korang tengok pada tajuk diatas. Aku punya ayat-ayat pedas kali ni adalah berkisar mengenai tarikh 3 ogos 2011 lalu dimana negara kita telah dikejutkan dengan tindakan yang dikatakan biadap yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dilaporkan telah menyerbu serta mengganggu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran. Menurut paderi gereja tersebut, majlis ini bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.

Yang mengejutkan ramai pihak adalah kerana antara tetamu-tetamu yang hadir ke majlis tersebut termasuklah ibu-ibu tunggal dan fakir-fakir miskin beragama ISLAM (Orang-orang yang tak mampu menyara hidup dan hanya mampu bergantung bantuan kewangan dari pihak lain tu dikira fakir miskin laa ye). Tetapi rupa-rupanya selain diundang, mereka juga turut diselitkan dengan pemahaman dan cubaan untuk menarik umat Islam kepada kristian oleh pihak gereja seperti didakwa oleh JAIS.


Dikatakan juga setelah disiasat, ibu tunggal dan fakir-fakir miskin yang terlibat dalam majlis tersebut tu sebelum ni memang dah pernah dah dapat bantuan dari geng-geng gereja tersebut. Akibat peristiwa ni, maka bermulalah episod pertelagahan antara ahli-ahli politik puak kerajaan dan puak pembangkang yang menyalahkan antara satu sama lain pasal serbuan JAIS yang dianggap tak menghormati agama lain tu. Malah NGO-NGO yang bukan Islam dan yang bukan kristian pun dah mula tunjuk belang nak campur tangan. Then, NGO Melayu pun mula laa nak mengamuk naik angin sama nak tunjuk kuasa. Kemudiannya bermula laa acara tuduh menuduh tindakan dia ni salah, dia ni betul. Yang untung, media yang sentiasa dapat menangguk hasil isu citer murahan dari peristiwa yang macamni siap diperbesar-besarkan sekali. Kenapa perkara macamni boleh berlaku kat negara yang kononnya 1 MALAYSIA ni yang diwawar-wawarkan sentiasa bersatu? Otak semua orang-orang yang nak timbul-timbulkan pergaduhan ni dah jadi BENGONG kott??




Pernah korang terfikir tak kenapa orang-orang yang tak berduit ni mintak bantuan kewangan dekat kafir? Sebab pentadbiran Islam negara kita sendiri pun takmau nak bantu rakyat susah. Kira kalau ada media je baru nak sumbang buat amal jariah. Nak menunjuk-nunjuk jasa. Pahala pun tah kemana dah jadi macam takda nilai dah. Diorang peduli apa dengan pahala. Janji ada media. Takda media tak famous. Sumbangan jadi sia-sia. Apa nak jadi dengan umat-umat Islam kat bumi aku sendiri ni? Dunia dah lebih penting dari akhirat. Ke depa duk paham yang bila dah mampus nanti, takda akhirat. Tapi boleh lahir balik hidup kat dunia ni?

Sepatutnya dalam negara Islam kita yang kelihatan mewah ni, fakir-fakir miskin wajib dibantu. Asyik dok umum untung RM bilion-bilion kewangan negara, So dah tentu duit Baitulmal tu dah confirm banyak kan? Disimpan untuk apa? Untuk buat hiasan? Kenapa tak digunakan untuk dibuat kebajikan kepada kita saudara sesama Islam seperti yang dituntut oleh ajaran Islam sendiri. Bukannya depa taktau yang membantu orang yang memerlukan pertolongan adalah satu ibadah khususnya kat orang-orang miskin ni. Ni takdak hari laa nak senang-senang bantu kalau takdak apa-apa kepentingan. Masa umum zakat untung ratus-ratus juta. Tapi berapa ramai yang hidup melarat kat luar sana? Mana perginya wang zakat yang dibayar tiap-tiap tahun oleh umat Islam? Sedangkan yang kerja kat situ gaji mewah cukup makan pakai kenyang kembung perut. Siap boleh nak enjoy-enjoy syok-syok sendiri lagi.


Sampai bila fakir-fakir miskin nak harapkan sumbangan dari tabung masjid derma orang ramai dengan derma dari rumah ke rumah jaa?? Persoalan yang berat bermain kat kepala aku ni, kenapa susah sangat umat Islam nak memohon bantuan zakat dari Baitulmal tu? Kenapa diletakkan macam-macam prosedur yang tak masuk akal kalau nak mohon. Sedangkan masyarakat bukan Islam pun dah lama ada pertubuhan sendiri yang membantu penganut-penganut depa. Malahan orang Islam sendiri pun sekarang dah fed-up dengan Baitulmal sampai dah sanggup pi mintak sedekah kat pertubuhan kafir tu. Tapi lepas hangpa dari Jabatan Agama Islam dapat tau, hangpa tangkap, dakwa, dan denda duit pulak kat puak-puak merempat mintak duit ni. WHAT THE HELL?? INI MACAM PUN KIRA NEGARA ISLAM KA??


Orang kafir sememangnya dah sedia kita tau ada udang di sebalik batu. Korang pun boleh rujuk Al-Quran, yang ada menyebut yang puak-puak kafir ni akan sentiasa terus mencari jalan untuk menghasut kita umat-umat Islam supaya jadi murtad dan join agama depa. Tak kira laa tertakluk dengan undang-undang jenayah ka, hukum kanun ka, perlembagaan parlimen ka. Buat pi laa usaha mencegah macam mana pun, isu-isu murtad ni akan tetap terus berterusan sampai kiamat kalau pemimpin-pemimpin Islam negara kita sendiri pun tak menunjukkan imej yang baik selaku PEMIMPIN UMAT ISLAM SEJATI. NI kalau sesama pemimpin beragama Islam pun boleh dok bertelagah dok caci maki, dok tuduh menuduh, dok fitnah menfitnah sesama sendiri, macam mana rakyat BANGSA MELAYU dan UMAT-UMAT ISLAM nak bersatu??

Cuba korang tengok keadaan negara kita sekarang. Kita yang sesama bangsa Melayu ni, yang sesama Islam pun bertelagah. Asal bukan sama parti jaa, musuh dunia akhirat. Ingatlah wahai orang-orang Islam yang bangang tak sedar diri nak mampus kat luar sana yang kita ni umat-umat Islam adalah bersaudara diikatkan dengan kalimah La ilaha illallah Muhammadur rasulullah. Sudah sampailah masanya untu kita para bangsa Melayu beragama Islam bersatu padu dan saling bantu-membantu antara satu sama lain sepertimana pada zaman Rasulullah S.A.W dan para Sahabat.


Ingatlah hangpa semua bahawa musuh kita bukannya saudara seAgama, tetapi orang-orang MUSYRIKIN dan YAHUDI LAKNATULLAH! Huh. Dah macam ustaz pulak dah aku berceloteh malam ni. Hahaha! Sekian renung-renungkanlah sendiri. Fikir guna otak, bukan tumit kaki ok? Bye.







6 comments:

anamizu said...

sesama melayu yang teruk skang nih =.='

syiela said...

betul... bila hal begini terjadi.. msg2 pakat salah satu sama lain.. bukan cari penyelesaian

Si Topeng Besi said...

anamizu + syiela : Sudah sampai masanya bangsa Melayu kita bangun dan bersatu kembali. sedangkan yahudi pun boleh bersatu. kenapa kita umat Islam yg mulia ni perlu pecah belah.

muhamadsufian89 said...

macam ni la yg jadi bila fahaman politik lebih diutamakan berbanding agama sendiri. semua nak tunjuk hebat last2 rakyat sendiri yg jadi mangsa.

Ummi said...

sokong saudara topeng besi.. dan kita sbg org yg sedar diri tp tak punya kemampuan utk membantu jgn sesekali salahkan org susah tu sbb mereka sebenarnya 'terdesak'..biasanya tindakan yg mereka ambik sbb da tak de jln lain.. sy pasti mereka2 ni da minta bantuan kt org2/bdn2 yg berkenaan tp sbb tiada layanan atau dipandang remeh maka mereka ambik keputusan minta bantuan org2 kapir.. sambil membantu dr segi kewangan tentu2 org kapir akan ambik ni sbg peluang utk meluaskan ajaran agama dorang..org kata sambil menyelam minum air. pepun kerajaan m'sia patut sedar sbb makin ramai org islam masuk kristian semata2 utk sesuap nasik tp org2 pangkat besar yg berduit ni tutup mata.. bg mereka yg penting anak/isteri atau keluarga mereka cukup makan pakai.. apa pedulik ngan org lain.. sbb tu yg kaya trus kaya, yg miskin terus papa kedana.. bagi sbhgian org melayu/islam hanya akan membantu jika mendapat nama.. kalu tak, pi mampui la ngan org lain.. bak kata org 'ada aku kesah?' pusing kok mana pun rakyat ttp jadi mangsa sedangkan yg duduk kt krusi2 panas tu terus2an bermewah tak hengat!!

maududi said...

jom join >>> http://ppdcgroup.blogspot.com/

Post a Comment