a Blog Si Topeng Besi: Si Topeng Besi VS Gadis Bertudung + Gadis Tak Bertudung back to top

Monday, August 1, 2011

Si Topeng Besi VS Gadis Bertudung + Gadis Tak Bertudung










Assalamualaikum dan selamat malam. Korang da baca tajuk entri aku? Gadis bertudung dan tak pakai tudung? Takde isu lain ke ko nak buat wahai si mamat Topeng Besi?? Aku dah muak baca pasal benda-benda ni laa! Yaa. Aku tau, itulah apa yang korang tengah dok ngumam sorang-sorang dekat depan screen komputer tu. Isu basi lagi berulat kan? Aku memahami kebencian korang dengan isu ni yang berlambak korang boleh search kat Google pada dewasa ini. Hahahar!

Tapi kat sini, dalam entri ni aku bukan nak berceloteh sangat pasal isu tudung tak tudung, bogel tak bogel ni. Tapi aku nak membawa korang menghayati drama sadis aku dengan dua orang minah Islam cun dari Malaysia ni. Macam nilah lebih kurang ceritanya:-

SITUASI 1

Berikut adalah temuramah aku(Si Topeng Besi) dengan seorang gadis bertudung(Awek 1)

Si Topeng Besi: Eh, dulu ko tak pakai tudung kan? Sekarang kenapa ko pakai tudung lak?

Awek 1: Saja. Suka-suka. Trend katakan.

Si Topeng Besi: Tak rimas ke pakai tudung?

Awek 1: Biar rimas asal bergaya.

Si Topeng Besi: Kenapa kau pakai tudung, tapi baju seluar ko dah balut macam sarung nangka dah aku tengok?

Awek 1: Fesyen bro. Yang ko dok ushar body aku tu apesal aaa?? Gatall!

Si Topeng Besi: Aku tengok laa sebab dah sebonjoi kat depan mata aku. Tapi, yang ko balut badan macam sarung nangka tu pun kira berdosa ko tau. Boleh menjebakkan diri ko ke dalam neraka.

Awek 1: Eh, aku punya pasal laa. Mak abah aku takde bising-bising macam ko pun.

Si Topeng Besi: Sebab mak abah ko tak bising laa yang aku tolong ganti tempat diorang tegur ko ni. Sedikit sebanyak, dapat laa aku kurangkan dosa mak bapak ko yang tak reti didik ko elok-elok tu.

Awek 1: Eh, mak bapak aku ko jangan dok hina-hina ye!

Si Topeng Besi: Aku bukan hina mak bapak ko. Aku cuma nak menyampaikan benda betul je. Aku takda caci diorang pun. Ko terfikir tak kenapa ko marah bila aku cakap macam tu? Sebabnya ko sayang diorang sebab taknak diorang masuk neraka disebabkan dosa-dosa yang ko dah buat.

Awek 1: Eh, dosa aku buat, aku sendiri tanggung laa. Apa kena mengena dengan mak bapak aku lak?

Si Topeng Besi: Ko belum kawin lagi kan. So ko masih dalam tangunggan mak bapak ko. Bukan pakwe ko. Kalo ko dah bersuami, itu tanggungjawab laki ko untuk bimbing ko. So kalo diorang tau ko buat dosa, dikira diorang berdosa kalau tak tegur. Melainkan ko ada buat dosa-dosa yang tersembunyi terutamanya dosa-dosa besar. Ada faham?

Awek 1: Eh, ko blah laa! Kang aku hentam dengan heel aku ni kang!

SITUASI 2

Berikut adalah temuramah aku(Si Topeng Besi) dengan seorang gadis tak bertudung(Awek 2)

Si Topeng Besi: Apasal ko tak pakai tudung?

Awek 2: Hish.. Rimaslaa.

Si Topeng Besi: Ko tak takut masuk neraka ke?

Awek 2: Aku sembahyang laa. Mana aku ada buat maksiat pun. Takkan pasal tak pakai tudung pun masuk neraka.

Si Topeng Besi: Aku dengar ko dah dapat ijazah tahun lepas kan? Kalau tak silap aku dari darjah 3 pun wanita beragama Islam dituntut menutup aurat. Kat sekolah dulu takde ajar ek? Ko agama yahudi ke kristian?

Awek 2: Wahh bro. Mulut cakap jangan sebarang cakap. Bau pun dah macam air longkang dah! Aku ni Islam laa. Baik buruk aku, masuk neraka ke, masuk syurga ke bukan ko yang tentukan. Allah yang tentukan.

Si Topeng Besi: Kalau ko terus tak pakai tudung macamni, Allah dah confirmkan memang neraka tempat ko tau tak.

Awek 2: Sampai masa nanti aku pakai laa tudung. Aku belum bersedia lagi laa. Hish, kalut laa mamat ni ngok ngek ngok ngek!

Si Topeng Besi: Ajal maut ko tak tunggu ko sedia atau tak tau. Kalau ko mati awal belum sempat ko nak pakai tudung macam mana?

Awek 2: Kalau aku tak pakai tudung pun. Mati awal pun. Sebagai seorang Islam, aku tetap masuk syurga gak akhirnya.

Si Topeng Besi: Memmeeyyy lerr. Tapi ko sanggup ke tahan azab seksa kubur dengan seksa kat neraka sebelum ko masuk syurga?

Awek 2: Bisinglaa mamat ni! Nanti-nanti aku pakai laa!

Si Topeng Besi: Time is running out.. Tik Tok Tik Tok.. :)

Haa. Sekian saja temuramah aku dengan diorang. Disini dapat kita lihat, Kalo bila sebut bab isu tutup aurat, bab Agama ni, bukan main panas baran lagi diorang nak mengamuk. Tapi kalau sebut bab cintan-cintun, ajak enjoy-enjoy ke, pijak anak kuman pun tak mati. Bagi kaum-kaum hawa beragama Islam kat luar sana, hangpa nak pakai tudung atau tak pakai tudung, nak tutup aurat ke, nak heng sana, heng sini ke, ikut suka hangpa laa. Kubur kita asing-asing. Amalan kita pun asing-asing.

Walau macam mana pun, sebagai seorang umat Islam, aku tetap terpanggil untuk cuba bagi teguran kat anak bangsa aku yang beragama Islam. Tapi tu laa, bila aku bagi nasihat, aku lak yang kena maki balik. Mana tahann maaa! Kalau semua asyik nak bagi ayat-ayat puitis masa bagi nasihat, hangpa buat taktau ja. Masuk telinga kanan, tendang keluar balik ikut telinga kanan. So malas aku nak cakap banyak, hangpa ambik pikiaq sendiri laa dengan apa yang aku cuba nak sampaikan dalam entri kali ni. Akhir kata aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2011. Tata Titi Tutu!

1 comments:

Cik Jingga said...

ayat terbaik...kalo cik kena ceramah mcm tu dh menangis kot..muahahah..

Post a Comment