a Blog Si Topeng Besi: Apabila SI PENGEMIS BERLAGAK JUTAWAN... back to top

Friday, August 26, 2011

Apabila SI PENGEMIS BERLAGAK JUTAWAN...


Assalamualaikum kepada korang yang sedang melawat blog aku pada ketika ini. Macam yang korang tengok kat tajuk diatas tu, isu aku kali ni adalah berkaitan dengan mangkuk-mangkuk hayun yang miskin tapi berlagak nak hidup mewah macam anak-anak mak datok tan sri menteri. Seperti yang korang tau, negara kita mengamalkan pinjaman kewangan mudah kepada rakyatnya khususnya kepada kakitangan kerajaan yang boleh buat loan banyak-banyak kat bank. Lepastu buatpa lagi? Dah lulus pinjaman, ENJOY SAKAN LAA. Beli barang-barang jenama mewah mengalahkan anak menteri. Padahal korang tu anak dreba lori je.

Adakah puak-puak ni hidup semata-mata untuk enjoy tanpa pikiaq yang bank bakal jerut leher depa macam anjing pasal hutang? Tapi bila lu dah takdak duit nak bayar hutang, itu pihak bank datang mau tarik lu punya keta balik, lu sembunyi. Ada yang lagi teruk siap buat perangai gangster ugut-ugut nak tetak laa, nak bunuh, nak pukul penarik kereta laa. Lu nak tunjuk lu punya mafia. Tapi lu ni mafia kategori pengemis. Sekali masuk kes polis ngan makhamah, mana lu punya SENGAT maa? Bodo-bodo jer mu kena cekup. Ingat-ingatlah. Berapa ramai puak-puak seumpama lu dah kena sumbat dalam lokap?

Biar papa asal bergaya. Itu laa motif mereka. Sebab nak menunjuk-nunjuk yang depa ada duit, nak bergaya hidup mewah-mewah punya pasai, sanggup berkorban makan megi, roti Hi-5 tiap-tiap hari. Orang lain yang berduit pakai mewah, depa pun nak hidup mewah gak. Tapi tak reti nak ukur seluar dalam sendiri dengan seluar dalam orang kaya. Ko spenda lusuh, depa spenda sutera emas. Ko buat pinjaman maksimum dengan bank. Pastu duit tu ko buat apa? Enjoy sana sini, heng sana, heng sini, beli barang-barang kemas rantai, gelang mahal-mahal berjenama sebab nak menunjuk kat kawan-kawan terutamanya kaum pompuan sampai nak beli LAMPIN PAKAI BUANG pun dah takdak duit dah.




Yang puak laki-laki ni pulak tak habis-habis bergaya dengan keta wira, waja dengan satria second. Pastu habis puluh-puluh ribu modified body, buat ekzos, buat enjin, adjust sana sini sampai dari keta wira terus leh bertukar jadi Mitsubishi Lancer. Pastu RACE menunjuk-nunjuk bongkak kat jalanraya. Macam HARAM!! Last-last, EEEEEKKK! BUMMM!!! WOFFF! AUKKK! AUKK! NENONENONENONGGGG!! Sebenarnya puak-puak jenis ni laa yang menyumbang kepada kadar kemalangan yang tinggi kat negara kita selama ni.

Ni ada lagi teruk. Tak kira laa Islam ke, kafir ke. Nak dapat duit mudah dan cepat, lu pinjam lak wang sama itu along. Tapi bila lu tak dapat jelas sebab kadar faedah terlampau tinggi, itu lintah darat cari lu, nak potong lu punya kasi anjing makan, lu pulak pi report sama itu polis. Sepatutnya polis tangkap dan dakwa lu. Bukan along tu. Sebab lu laa punca yang timbulkan masalah pinjam sama itu along. Haiya! Kalau lu takdak duit, hidup laa dengan cara takdak duit. Kalau lu nak duit lebih, lu kerja laa part time. Meniaga burger ka, keja sapu sampah ka, cuci pinggan kat kedai mamak ka. Biar keja lu orang pandang hina asal sumber tu halal daripada lu nak berlagak kaya tapi habuk debu duit syiling pun tarak!

Yang sedihnya, puak-puak yang terdiri daripada budak-budak IPT pulak buat pinjaman PTPTN bukan sebab nak beli buku bayar yuran pendidikan, tapi buat beli handset laa, I-Pad laa, DVD-Game laa, dressing mahai-mahai laa, dan segala-gala tok nenek barang-barang yang takdak kaitan langsung dengan akedemik. Tapi bila kerajaan tuntut balik hutang PTPTN lepas depa abis mengaji, mula laa takdak duit nak bayaq. Sebab dulu masa belajar lulus cukup-cukup makan je. Akibatnya tak dapat nak dapat keja untuk bayar hutang. Kalau takmau belajaq betoi-betoi, baik korang duk kat kampung je ternak biri-biri, motong getah, tanam padi ke. Ada jugak hasil pendapatan yang menyumbang kepada negara dan masyarakat.

Ada pulak puak-puak yang jenis buat pinjaman, pastu pi labur duit tu kat tempat-tempat maksiat. Pi luar negara jiran cari ayam nak tutuh laa, pi berjudi kasino laa, main nombor sport toto laa. Tak kurang jugak laa yang pi enjoy kat kelab-kelab malam berhibur sambil teguk-teguk air kencing setan terutamanya MELAYU ISLAM. Apa nak jadi dengan bangsa Melayu ni?? Ingatkan kafir je nak melingkup. Rupa-rupanya umat Islam pun tumpang sekaki. WHAT THE PIG??!!

Ni lah akibatnya kalau hutang diamalkan. Sebab tu Rasulullah S.A.W suh kita hidup bersederhana dan elakkan daripada berhutang. Sebab takmau jadi benda-benda bodo dan sia-sia macam ni laa. Orang dah biasa susah. Tiba-tiba dapat duit banyak jadi jutawan muda mee segera, mula jadi hilang akailah. Gaji kerani, opis boy jaa. Tapi pakai keta, dressing macam keja doktor ngan peguam. Akibatnya hidup jadi merempat. Makan nasik lauk kicap, terpaksa dok umah reban setinggan sebab dah jadi hamba abdi bank nak jelaskan hutang-hutang yang berjela tu. Ni laa bezanya mentaliti orang kaya terpelajar dengan orang susah yang tak educated tapi berlagak kaya. Diorang tu kaya bergaya. Tapi korang lak BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA, DUIT POKET TAK CUKUP TAK APA, HUTANG BERJELA, BUAT-BUAT LUPA. KUIKUIKUI!!

Akhir kata, biarlah orang kafir yang melingkup, korang orang-orang MELAYU dan ISLAM janganlah join melingkup sekali. Tak salah kalau korang nak buat pinjaman bank. Tapi biarlah kena dengan alasan dan cukup kadar keperluannya. Kalau korang nak beli rumah ke, nak beli tanah ke takpe kalau nak berhutang. Sebab itu adalah aset korang pada masa hadapan. Tapi jangan sia-siakan hidup korang dengan keseronokkan dunia yang sementara ni semata-mata. Bukalah mata hati korang tu jugak untuk mengejar akhirat yang abadi . Biar kita pakai keta kancil, tapi hari-hari dapat makan lauk ayam daripada pakai kereta Vios tapi hari-hari makan telur ayam dengan kicap. Berubahlah korang sebelum terlambat. BUBYE.








2 comments:

misyamissyou said...

haa..stuju..xyah la membazir...berjimat lebih elok..buat le care bersederhana kalau mmg xkaye pun

Mafbeth said...

Haha, Membazir sangat..

follow juge blog saya http://mafbeth.blogspot.com

Post a Comment