Friday, August 26, 2011
Apabila SI PENGEMIS BERLAGAK JUTAWAN...
Assalamualaikum kepada korang yang sedang melawat blog aku pada ketika ini. Macam yang korang tengok kat tajuk diatas tu, isu aku kali ni adalah berkaitan dengan mangkuk-mangkuk hayun yang miskin tapi berlagak nak hidup mewah macam anak-anak mak datok tan sri menteri. Seperti yang korang tau, negara kita mengamalkan pinjaman kewangan mudah kepada rakyatnya khususnya kepada kakitangan kerajaan yang boleh buat loan banyak-banyak kat bank. Lepastu buatpa lagi? Dah lulus pinjaman, ENJOY SAKAN LAA. Beli barang-barang jenama mewah mengalahkan anak menteri. Padahal korang tu anak dreba lori je.
Adakah puak-puak ni hidup semata-mata untuk enjoy tanpa pikiaq yang bank bakal jerut leher depa macam anjing pasal hutang? Tapi bila lu dah takdak duit nak bayar hutang, itu pihak bank datang mau tarik lu punya keta balik, lu sembunyi. Ada yang lagi teruk siap buat perangai gangster ugut-ugut nak tetak laa, nak bunuh, nak pukul penarik kereta laa. Lu nak tunjuk lu punya mafia. Tapi lu ni mafia kategori pengemis. Sekali masuk kes polis ngan makhamah, mana lu punya SENGAT maa? Bodo-bodo jer mu kena cekup. Ingat-ingatlah. Berapa ramai puak-puak seumpama lu dah kena sumbat dalam lokap?
Biar papa asal bergaya. Itu laa motif mereka. Sebab nak menunjuk-nunjuk yang depa ada duit, nak bergaya hidup mewah-mewah punya pasai, sanggup berkorban makan megi, roti Hi-5 tiap-tiap hari. Orang lain yang berduit pakai mewah, depa pun nak hidup mewah gak. Tapi tak reti nak ukur seluar dalam sendiri dengan seluar dalam orang kaya. Ko spenda lusuh, depa spenda sutera emas. Ko buat pinjaman maksimum dengan bank. Pastu duit tu ko buat apa? Enjoy sana sini, heng sana, heng sini, beli barang-barang kemas rantai, gelang mahal-mahal berjenama sebab nak menunjuk kat kawan-kawan terutamanya kaum pompuan sampai nak beli LAMPIN PAKAI BUANG pun dah takdak duit dah.
Wednesday, August 17, 2011
Paksa Perlahankan Suara Orang Membaca Ayat Suci Al-Quran? FATWA SESAT MANA NI???
Assalamualaikum dan selamat petang. Pada kali ni aku terpanggil untuk mengkritik tentang isu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang melarang penggunaan pembesar suara ketika bacaan Al-Quran pada waktu Subuh sebab dikatakan amalan tu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh menganggu orang lain di dalam dan diluar masjid terutamanya orang yang jenis tido mati tak sedar diri yang confirm tak bangun sembahyang Subuh pagi-pagi tu. ARAHAN YANG TERSANGATLAH BANGANG!!
Cuba tengok kat Penang tu wahai JHEAIPP, kalau pusat hiburan DISKO, hangpa bagi bising POM PANG POM PANG sampai pukul 3 pagi. Ni bacaan Al-Quran 30 minit sebelum azan subuh pun lu mai hingaq-hingaq ke bai? Adakah hiburan dunia bagi hangpa lebih penting daripada akhirat? Ni negara kafir ka negara ISLAM sampai nak buat amalan baik pun kena BOMM!!?? Aku tak puas hati bila keluaq fatwa yang kata bacaan Al-Quran atau zikir-zikir yang kuat boleh mendatangkan riak bagi orang yang membacanya mengikut Hadis Rasulullah S.A.W. Aku rasa laa sapa yang keluaqkan kenyataan ni nampak ja alim tapi otak kosong. Tau keluaq Hadis, tapi tak kaji maksud dulu disebalik ayat-ayat Hadis tersebut. Untuk pengetahuan hangpa semua laa, dalam Islam terdapat 2 Azan Subuh. Azan pertama untuk kejutkan orang ramai supaya bangun untuk tunaikan solat. tetapi tak dipratikkan kat Malaysia ni sebab takut org ramai terkeliru dengan waktu subuh sebenar. So salah ke kalau bacaan Ayat Al-Quran digantikan dengan Azan Subuh pertama untuk gerak orang untuk bangun bersiap-siap untuk solat Subuh? Berdosa ka?? Tak dapat pahala ka? Tu bukan namanya nak riak-riak, BODOH BAHLOL!!
Kalaulah nak gerak orang Islam tapi diharamkan memakai mikrofon, So macamna kita nakbuat? Nak baca kuat-kuat Al-Quran sampai nak pecah anak tekak macam konsert karoke kat tokong tu? Sapa nak tanggung dosa tu pulak? Mufti? JHEAIPP?? Apasal laa benda baik macamni pun depa nak jadikan isu larangan? Ni orang-orang yang diiktiraf ALIM dalam negara ni pun dok kondem-kondem jugak, apa cer? Adakah manusia-manusia yang suka kondem ni memang jenis suka sembahyang Subuh last minit dekat-dekat pukul 8 pagi? Jenis tak suka sembahyang subuh awal-awal takpa lagi, cuma jangan sampai tak sembahyang Subuh langsung sudah! WALLAHUALAM. Sepatutnya hangpa orang-orang alim ni laa yang kena fight untuk menegakkan perkara-perkara baik macam ni. Ni hangpa plak yang kondem! @#$%^TUUUUT!!
Wednesday, August 10, 2011
Ibu Tunggal Dan Fakir Miskin MELUTUT JILAT TAPAK KAKI GENG GEREJA. Salah siapa??
Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat bersahur pada pagi nanti. Seperti yang korang tengok pada tajuk diatas. Aku punya ayat-ayat pedas kali ni adalah berkisar mengenai tarikh 3 ogos 2011 lalu dimana negara kita telah dikejutkan dengan tindakan yang dikatakan biadap yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dilaporkan telah menyerbu serta mengganggu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran. Menurut paderi gereja tersebut, majlis ini bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.
Yang mengejutkan ramai pihak adalah kerana antara tetamu-tetamu yang hadir ke majlis tersebut termasuklah ibu-ibu tunggal dan fakir-fakir miskin beragama ISLAM (Orang-orang yang tak mampu menyara hidup dan hanya mampu bergantung bantuan kewangan dari pihak lain tu dikira fakir miskin laa ye). Tetapi rupa-rupanya selain diundang, mereka juga turut diselitkan dengan pemahaman dan cubaan untuk menarik umat Islam kepada kristian oleh pihak gereja seperti didakwa oleh JAIS.
Dikatakan juga setelah disiasat, ibu tunggal dan fakir-fakir miskin yang terlibat dalam majlis tersebut tu sebelum ni memang dah pernah dah dapat bantuan dari geng-geng gereja tersebut. Akibat peristiwa ni, maka bermulalah episod pertelagahan antara ahli-ahli politik puak kerajaan dan puak pembangkang yang menyalahkan antara satu sama lain pasal serbuan JAIS yang dianggap tak menghormati agama lain tu. Malah NGO-NGO yang bukan Islam dan yang bukan kristian pun dah mula tunjuk belang nak campur tangan. Then, NGO Melayu pun mula laa nak mengamuk naik angin sama nak tunjuk kuasa. Kemudiannya bermula laa acara tuduh menuduh tindakan dia ni salah, dia ni betul. Yang untung, media yang sentiasa dapat menangguk hasil isu citer murahan dari peristiwa yang macamni siap diperbesar-besarkan sekali. Kenapa perkara macamni boleh berlaku kat negara yang kononnya 1 MALAYSIA ni yang diwawar-wawarkan sentiasa bersatu? Otak semua orang-orang yang nak timbul-timbulkan pergaduhan ni dah jadi BENGONG kott??
Saturday, August 6, 2011
Tindakan Penguasa Pejabat Agama Yang BANGANG.
Assalamualaikum dan selamat petang. Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua pelawat-pelawat yang beragama Islam. Aku ingat bulan-bulan posa ni aku taknak laa mengutuk kondem-kondem orang. Tapi terpaksa jugak aku bukak mulut disebabkan ada je tindakan yang tak wajar oleh sesetengah manusia ni buat. Al-kisah macamnilah citernya:-
Aku terbaca Metro baru-baru ni, seorang lelaki Mualaf ditangkap khalwat selepas sebulan masuk Islam. Dia ditangkap dengan sorang wanita yang bukan muhrimnya dalam sebuah rumah sewa. Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan denda tak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. Haa. Apa korang rasa? RASA BANGANG TAK TINDAKAN YANG DIBUAT OLEH PENGUASA PEJABAT AGAMA SERTA JABATANNYA SEKALI TU???
Kenapa aku cakap tindakan ni satu tindakan yang bangang? Aku ada reason aku sendiri. Ok. Macam ni, korang tau kan yang terbabit tu seorang MUALAF. Diulang MUALAF yang BARU JE SEPURNAMA PELUK ISLAM yang taktau banyak pasal Islam, tapi disabitkan pulak dengan kesalahan macam tu. Korang rasa wajar ke?? Kalau diikutkan, mungkin agama dia dulu boleh bersekedudukan laki pompuan. Adakah sapa-sapa je yang baru nak masuk Islam terus jadi terer pengetahuan dia macam ustaz yang tau hukum halal haram?? Dari segi ni, kita jangan laa pikir pakai tumit kaki!
Thursday, August 4, 2011
Salam Perkenalan Dari Aku
Aku menggelarkan diri aku sebagai Si Topeng Besi a.k.a TB. Aku hanyalah insan biasa seperti korang. Tujuan aku mendirikan blog ni sebab aku cuma ingin merungkai dan memperkatakan sesuatu keburukan yang aku tak suka yang berlaku atas dunia ni tak kira dalam negara atau dunia sekalipun sebab aku tersangatlah sukakan keamanan kalau tak boleh dalam dunia ni. Biarlah dalam negara aku yang tercinta ni bebas dari peperangan dan kacau bilau.
Ambisi aku adalah nak menyedarkan dan menyatukan bangsa Melayu serta umat-umat Islam di Malaysia ni supaya berhenti bertelagah sesama sendiri dah kembali bersatu padu untuk menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan nak menyesatkan dan menghancurkan kita. Anyway, aku bukan benci atau anti-orang bukan Islam a.k.a kafir tu. Tapi aku takmau kalau diorang dok desak-desak dan buat permintaan bukan-bukan sampai nak pijak kepala kita umat Islam.
Anyway aku tak minat nak jadi hero untuk menyatukan hangpa semua. Korang mesti berubah atas keinsafan sendiri. Dan aku harap-harap korang tak tersentap dan terasa kalau apa yang aku perkatakan dalam blog ni nanti mungkin akan terkena atas kepala korang sendiri. Kalau korang terasa jugak, Im Sorrrrrryyyy!!!!
***KORANG BOLEH AMBIK SEMUA Isi Entri-entri Dalam Blog Aku Ni Untuk Disebarkan. FREE & NO COPYRIGHT & NO COVER CHARGE. Korang Nak Ubah-ubah Pun Ikut Suka Hati Koranglah. TU PUN KALAU NAK LAA AMBIK LAA, TAK NAK TAKPA, OK?? HAHAHA!
Monday, August 1, 2011
Si Topeng Besi VS Gadis Bertudung + Gadis Tak Bertudung
Assalamualaikum dan selamat malam. Korang da baca tajuk entri aku? Gadis bertudung dan tak pakai tudung? Takde isu lain ke ko nak buat wahai si mamat Topeng Besi?? Aku dah muak baca pasal benda-benda ni laa! Yaa. Aku tau, itulah apa yang korang tengah dok ngumam sorang-sorang dekat depan screen komputer tu. Isu basi lagi berulat kan? Aku memahami kebencian korang dengan isu ni yang berlambak korang boleh search kat Google pada dewasa ini. Hahahar!
Tapi kat sini, dalam entri ni aku bukan nak berceloteh sangat pasal isu tudung tak tudung, bogel tak bogel ni. Tapi aku nak membawa korang menghayati drama sadis aku dengan dua orang minah Islam cun dari Malaysia ni. Macam nilah lebih kurang ceritanya:-
SITUASI 1
Berikut adalah temuramah aku(Si Topeng Besi) dengan seorang gadis bertudung(Awek 1)
Si Topeng Besi: Eh, dulu ko tak pakai tudung kan? Sekarang kenapa ko pakai tudung lak?
Awek 1: Saja. Suka-suka. Trend katakan.
Si Topeng Besi: Tak rimas ke pakai tudung?
Awek 1: Biar rimas asal bergaya.
Si Topeng Besi: Kenapa kau pakai tudung, tapi baju seluar ko dah balut macam sarung nangka dah aku tengok?
Awek 1: Fesyen bro. Yang ko dok ushar body aku tu apesal aaa?? Gatall!
Si Topeng Besi: Aku tengok laa sebab dah sebonjoi kat depan mata aku. Tapi, yang ko balut badan macam sarung nangka tu pun kira berdosa ko tau. Boleh menjebakkan diri ko ke dalam neraka.
Awek 1: Eh, aku punya pasal laa. Mak abah aku takde bising-bising macam ko pun.
Si Topeng Besi: Sebab mak abah ko tak bising laa yang aku tolong ganti tempat diorang tegur ko ni. Sedikit sebanyak, dapat laa aku kurangkan dosa mak bapak ko yang tak reti didik ko elok-elok tu.
Awek 1: Eh, mak bapak aku ko jangan dok hina-hina ye!
Si Topeng Besi: Aku bukan hina mak bapak ko. Aku cuma nak menyampaikan benda betul je. Aku takda caci diorang pun. Ko terfikir tak kenapa ko marah bila aku cakap macam tu? Sebabnya ko sayang diorang sebab taknak diorang masuk neraka disebabkan dosa-dosa yang ko dah buat.
Awek 1: Eh, dosa aku buat, aku sendiri tanggung laa. Apa kena mengena dengan mak bapak aku lak?
Si Topeng Besi: Ko belum kawin lagi kan. So ko masih dalam tangunggan mak bapak ko. Bukan pakwe ko. Kalo ko dah bersuami, itu tanggungjawab laki ko untuk bimbing ko. So kalo diorang tau ko buat dosa, dikira diorang berdosa kalau tak tegur. Melainkan ko ada buat dosa-dosa yang tersembunyi terutamanya dosa-dosa besar. Ada faham?
Awek 1: Eh, ko blah laa! Kang aku hentam dengan heel aku ni kang!
SITUASI 2
Berikut adalah temuramah aku(Si Topeng Besi) dengan seorang gadis tak bertudung(Awek 2)
Si Topeng Besi: Apasal ko tak pakai tudung?
Awek 2: Hish.. Rimaslaa.
Si Topeng Besi: Ko tak takut masuk neraka ke?
Awek 2: Aku sembahyang laa. Mana aku ada buat maksiat pun. Takkan pasal tak pakai tudung pun masuk neraka.
Si Topeng Besi: Aku dengar ko dah dapat ijazah tahun lepas kan? Kalau tak silap aku dari darjah 3 pun wanita beragama Islam dituntut menutup aurat. Kat sekolah dulu takde ajar ek? Ko agama yahudi ke kristian?
Awek 2: Wahh bro. Mulut cakap jangan sebarang cakap. Bau pun dah macam air longkang dah! Aku ni Islam laa. Baik buruk aku, masuk neraka ke, masuk syurga ke bukan ko yang tentukan. Allah yang tentukan.
Si Topeng Besi: Kalau ko terus tak pakai tudung macamni, Allah dah confirmkan memang neraka tempat ko tau tak.
Awek 2: Sampai masa nanti aku pakai laa tudung. Aku belum bersedia lagi laa. Hish, kalut laa mamat ni ngok ngek ngok ngek!
Si Topeng Besi: Ajal maut ko tak tunggu ko sedia atau tak tau. Kalau ko mati awal belum sempat ko nak pakai tudung macam mana?
Awek 2: Kalau aku tak pakai tudung pun. Mati awal pun. Sebagai seorang Islam, aku tetap masuk syurga gak akhirnya.
Si Topeng Besi: Memmeeyyy lerr. Tapi ko sanggup ke tahan azab seksa kubur dengan seksa kat neraka sebelum ko masuk syurga?
Awek 2: Bisinglaa mamat ni! Nanti-nanti aku pakai laa!
Si Topeng Besi: Time is running out.. Tik Tok Tik Tok.. :)
Haa. Sekian saja temuramah aku dengan diorang. Disini dapat kita lihat, Kalo bila sebut bab isu tutup aurat, bab Agama ni, bukan main panas baran lagi diorang nak mengamuk. Tapi kalau sebut bab cintan-cintun, ajak enjoy-enjoy ke, pijak anak kuman pun tak mati. Bagi kaum-kaum hawa beragama Islam kat luar sana, hangpa nak pakai tudung atau tak pakai tudung, nak tutup aurat ke, nak heng sana, heng sini ke, ikut suka hangpa laa. Kubur kita asing-asing. Amalan kita pun asing-asing.
Walau macam mana pun, sebagai seorang umat Islam, aku tetap terpanggil untuk cuba bagi teguran kat anak bangsa aku yang beragama Islam. Tapi tu laa, bila aku bagi nasihat, aku lak yang kena maki balik. Mana tahann maaa! Kalau semua asyik nak bagi ayat-ayat puitis masa bagi nasihat, hangpa buat taktau ja. Masuk telinga kanan, tendang keluar balik ikut telinga kanan. So malas aku nak cakap banyak, hangpa ambik pikiaq sendiri laa dengan apa yang aku cuba nak sampaikan dalam entri kali ni. Akhir kata aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2011. Tata Titi Tutu!
Saturday, July 30, 2011
FAM TAKUT yahudi LAKNATULLAH!
Assalamualaikum dan selamat pagi. Aku disini dengan bengangnya nak mengecam tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kita yang dengan murah dirinya memintak maaf kat Chelsea disebabkan isu perkauman yang ditunjukkan oleh segelintir penonton Malaysia kepada pemain tengah pasukan depa yang berkelahiran israel, yang juga pemain pasukan kebangsaan israel, Yossi Benayoun ketika pertemuan perlawanan bola sepak persahabatan di ibu negara pada minggu lepas.
Apa yang membuatkan aku terasa sangat bengang bercampur lawak, insiden tu masih belum sahih. Tapi dah takut kecut teloq sangat FAM kita sampai nak mintak-mintak maaf kat Chelsea tu. Apa cer??? Mana maruah lu?? Untuk pengetahuan korang yang belum tau, Malaysia tercinta kita ni terang-terang takde hubungan diplomatik dengan Israel. Of coz laa negara kita ni anti-Yahudi kan? Jadi kenapa penonton kita perlu dipersalahkan apabila ada yang mengecam dan mengutuk yahudi Laknatullah tu?
Semestinya sikap perkauman tak perlu ada dalam sukan bola sepak. Aku setuju tu. Tapi dalam kes ni, perkara ni melibatkan maruah negara kita sebagai negara Islam. Senang-senang je mintak maaf tanpa tau benda tu betul ke salah. Mana boleh wa diam maa!!
Kelab dari liga inggeris, Chelsea yang dijemput datang tak sepatutnya turunkan pemain kelahiran israel sebab negara kita ni memang negara yang anti israel. Sebab tu laa negara kita tak gamak langsung nak jalinkan hubungan diplomatik dengan israel. Kenapa laa FAM tak letak syarat awal-awal kat chelsea tu supaya tak diturunkan puak israel main? Lebih pentingkah sukan bola sepak dan wang daripada negara kita tercinta ni? Otak letak kat mana? Bawah punggung? Untuk pengetahuan korang semua, pemilik kelab Chelsea tu pun memang penganut agama yahudi gak tawww!
So, pada pendapat aku, tak sepatutnya kita menyalahkan penyokong-penyokong yang Anti-yahudi sebab dah terang-terang memang negara kita ni memang mengecam negara israel serta si setan zionis kat sana tu. Bagi aku, para penyokong-penyokong tu laa yang sebenarnya memperjuangkan pegangan negara kita ni yang memang Anti-yahudi a.k.a israel. Jadi apakah pegangan FAM pulak? Lupakah kita yang macam mana setan-setan israel dera, bunuh, rogol, dan seksa umat-umat Islam di Palestine yang merupakan saudara seagama kita kat Jerusalem sana tu? Atau korang buat-buat taktau atau tak nampak? Macam ni pun lu mau bagi hormat sama depa ka? WTF??!!
Macam yang aku baca komen seorang hamba Allah S.W.T ni, aku cukup tertarik dengan komen dia pasal isu ni. Dia tulis Anti-Islam atau Islamophobia kat seluruh dunia yang berleluasa sekarang ni takda sekor yahudi pun nak mintak maaf. Ni kita sebagai negara Islam pasal hal kecik lagi tak sahih pun nak mintak maaf kat diorang. Alangkah terhinanya aku rasa bila baca komen ni kalau aku sebahagian daripada pekerja-pekerja FAM. Mana mau letak muka maa!
Tapi takpa. Aku faham laa dengan situasi negara kita sekarang. Kan israel tu sekutu kuat amerika keparat. Kang tak pasal-pasal kita kena BOM pulak kan kalo tak nak mintak maaf? Nak harap negara-negara Islam lain bantu kita berperang? Negara-negara Islam kat Asia Timur pun tak boleh nak bersatu, apatah lagi nak tolong Malaysia yang bukan sebangsa dengan depa ni. Hmm.. Depa bantu kirim Al-Fatihah je laa kat kita... ;)
Cukuplah setakat ni je aku memprotes. Semakin lama aku protes kang makin keluar ayat-ayat maki hamun yang bukan-bukan nanti. Hahahar! So sekarang, korang yang baca post ni fikirlah baik-baik. Korang pentingkan bola sepak ke atau lebih pentingkan Agama Islam. Kalau korang lebih pentingkan bola sepak, selamat jalan laa korang ke NERAKA JAHANAM. Bye2.
Thursday, July 28, 2011
Pertandingan Ratu Pondan-Pondan LAKNAT
Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ni aku tertarik dengan satu blog ni yang memaparkan pasal pertandingan ratu Mak Nyah 'Miss Malaysia Pahang' anjuran negara Malaysia kita yang tercinta ni dengan alasan nak buat kerja amal untuk bantu orang-orang miskin. Ptuihh!! Sakit hati aku bila bacanya. Bantu orang miskin??? Biaq betoii! Akai letak kat lutut ka? Si lahanat mana laa punya idea ni?? Ni hasil sumbangan dari pertandingan antara pondan-pondan yang semestinya jelas HARAM! Baguslaa, bagi makan orang miskin hasil dari benda haram. Baik duit tu pi beli makanan bagi makan kat BABI!
Aku tak tau pasalpa takda tindakan dari Majlis Agama Islam Malaysia ni. Macam mana laa benda bodoh dan secara terangnya berdosa ni boleh diluluskan? Terlepas pandang ke atau diorang dapat habuan? Ini bukan tuduhan. Cuma syak wasangka dari otak detektif aku sendiri. HAHAHA! Mana slogan Nahi Mungkar korang tu? Takkan benda-benda macamni pun takleh setel? Benda yang terang-terangan ni? Korang nak tanggung ke azab sebab biar orang-orang miskin yang dapat duit dari hasil lendir pondan-pondan ni? Yuks! :p
Lagi satu, aku agak risau gak kalau lelaki-lelaki normal pun naik geram bila tengok maknyah-maknyah pondan ratu cantik ni. Paling teruk, kot-kot depa pun teringin nak try test power dengan pondan-pondan ni.. Haa, bertambah lagi laa dosa-dosa yang ditanggung oleh pihak-pihak yang takleh pakai untuk mencegah benda-benda setan seumpama ni.
Untuk pengetahuan korang yang mungkin dah tau, maknyah-maknyah dan pondan-pondan ni memang dah bercambah dalam negara kita dan sedia memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan-pelanggannya :) . Tak percaya, pi masuk Lorong Haji Taib kat KayyEL tu. Macam-Macamm Adaaa! Dalam pertandingan ni, pondan-pondan semua yang bertanding ni bukan pondan-pondan biasa. Ni pondan-pondan yang telah di-modified dengan sepenuhnya kepada enjin Turbo terutamanya dari Thailand yang terkenal dan sinonim dengan nama Ladyboy tu. Tak pecayaa?? Cuba hangpa tengok gambo-gambo kat bawah ni:-
Yang kat atas tu MADE IN THAIIILAAANNDD.... Memang Lengluii Maaaa...! Haa, ni yang kat bawah ni pondan-pondan molek yang diimport khas dari Malaysia pulak.. :p
Hahaha! Amaacamm kaum lelaki? Lu mesti cair kan? Mesti naik stim punyerrr!! Aku sendiri pun hampir je cair tengok ni!! Kalaulaa perempuan tulenn... Grrrr! Aummm! Hmm... Aku agak rasa pelik dan janggal apabila benda-benda bodo macam ni boleh terlepas kat negara kita yang berstatus "ISLAMIK" ni. Mungkinkah pertandingan ni bertujuan nak menarik ramai lagi pondan-pondan menguji bakat menjadi Ratu Cantik? Atau menanamkan azam agar lelaki-lelaki lembut meng-upgradekan status diri mereka menjadi pondan? Apa yang aku risau lagi kalau para pondan-pondan dalam Malaysia ni sebulat suara nak fight dalam perlembagaan untuk meluluskan pertukaran jantina dan mendesak kerajaan supaya hubungan homoseks dihalalkan dalam negara ni. Jangan sampai diorang pun berkumpul buat demonstrasi macam BERSIH tu. Sapa yang nak tanggung azab klo laa benda-benda macamni menjadi kenyataan nanti? Bukan aku sorang yang tanggung. Dengan ko dengan bapak ko dengan atuk nenek ko yang tanggung azab dari Allah S.W.T macam kaum Nabi Lut tu. Haa, benda yang tak jadi lagi boleh laa hangpa dok gelak-gelak sindir. Dok takkan laa. Takkan laa. Klo dah jadi nanti, padan muka lu orang semua!
Kepada para pondan-pondan yang beragama Islam. Korang tau tak, perbuatan menyerupai wanita tu dikira berdosa besar apatah lagi perbuatan mengubah anggota lelaki menjadi anggota wanita. So kesimpulannya dosa tu of coz kategori DOSA BESAR laa bangang! Ubah fizikal sebab ko ada naluri perempuan?? Ptuii!! Ubah la pemahaman ko tu dulu. Tak salah kalau ko jadi lelaki lembut, tapi ko kena tau yang menukar jantina termasuk dalam kategori dosa besar iaitu cuba mengubah ciptaan Allah atas dasar tidak puas hati dengan takdir Allah. Sedarlah sikit mangkuk. Lu tu hamba jaa. Terima laa apa yang Tuhan dah bagi. Lu buat macamni nanti lu masuk neraka maa! Kalau lu tak faham jugak, aku ulang sekali lagi, sedarlah para pondan yang kau orang semua memang terang-terangan DILAKNAT oleh Allah serta rasulNya.
Tuesday, July 26, 2011
Penulis Artikel Yang BODOH BAHLOL!
Assalamualaikum dan selamat malam. Kelmarin aku agak panasss dengan sorang penulis artikel sebuah akhbar terkemuka ni. Dalam artikel yang dia tulis, dia seolah-olah memperlekehkan penulis-penulis blog yang makin bercambah di dunia cyber dewasa ini. And then apalagi, of course laa aku pun terasa!
Antara ayat-ayat yang dia cakap, org yang takde latar belakang kewartawanan dan perundangan tak layak menulis blog. Apa? orang yang takda latar belakang kewartawanan dan perundangan tak layak ke nak beri pendapat? Nasihat? Apasal yang bengong sangat? Aku ada mulut, ada idea, ikut suka aku laa nak tulis apa pun. Blog hak aku. Kalau nak bercakap pasal kebenaran pun kena ada degree ka? Tak payah kan? Asal aku ada Agama dan niat yang baik, aku rasa dah cukup laa untuk aku bercakap pasal kebenaran dan mengajak kearah kebaikan ataupun mencaci benda-benda yang aku rasa tak betul.
Bagi aku, blog adalah web catatan peribadi seseorang. Kenapa plak seseorang blogger tak boleh nak bagi pendapat dia sendiri? Dia nak bajak atas ladang dia, dia punya suka laa, kenapa laa ada tikus dan serangga perosak yang dengki sangat? Tapi aku tak terkejut laa sebab dah memang nature laa binatang-binatang macam tu memang menganggu hak orang lain. Binatang kan? Bukannya ada akal. So, kalau ko dah buat benda betul dan tunjukkan contoh yang baik, kenapa ko takut orang lain terpengaruh pulak bila orang lain mencaci dan menghina ko dlm blog beliau kan?
Apa yang aku nampak sekarang, berapa ramai blogger yang dah kena tangkap dan kena dakwa sebab buat ayat-ayat kasar dan tegas untuk memperkatakan benda betul. Aku manusia, Allah bagi aku akal, so boleh laa aku fikir mana baik-buruk. Tapi tu laa, ayat-ayat berapi sikit, kena tangkap. Ayat-ayat bau semangat nasional sikit, dah kena tangkap, kena warning, kena dakwa. Apa cer??? So, adakah dalam blog-blog sekarang ni semua nak kena tulis ayat-ayat manis puitis dan bodek-bodek saja baru tak kena tangkap? Alahai… Nampak gaya aku kena bukak balik laa buku karangan Shakespeare tu. Bagi ayat kaw-kaw punya jambu bila nak tulis dalam blog aku.. Hakkk!Ptuii..! Gelii aku.. :p
Satu lagi, beliau juga ada menyebut bahawa catatan dalam Facebook pun boleh membawa kepada penghasutan para pembaca-pembaca yang view page seseorang tu. In my opinion laa, catatan dari Facebook page adalah catatan peribadi dan umum pemilik profile terbabit. Sebab tu laa adanya Login dan ada Password. Kenapa laa nak sebok-sebok nak kacau tepi kain orang. Kalau diri sendiri tak cukup kain, pakai je skirt. Design elok-elok bagi nampak seksi. Ni tau nak jaga selak kain orang jerr. Kalau tak nak bagi para blogger dan Facebooker bagi pendapat, aku cadangkan beliau usul je kat kerajaan supaya block jer Facebook, Blogger, Wordpress dan forum-forum yang ada post isu-isu politik atau yang beliau rasa berbau fitnah yang dah ada beribu-ribu dan yang dah makin bercambah dalam dunia internet dari hari ke hari nih.
So berbalik kepada isu yang pertama tadi, adakah orang yang tak terlibat dalam kewartawanan dan perundangan tak layak untuk menulis blog yang merupakan catatan dan idea sendiri seseorang blogger? Takkan nak bagi pendapat sendiri dalam blog sendiri atau Facebook sendiri pun nak kena mintak izin? Lu sapa nak tentukan? Lu taiko? Ayahda, Abangda?? Dan lagi bukan bapak lu yang running syarikat blog-blog ni. So shut the hell up laa! Fikir dulu sebelum buat kenyataan. Jangan senang-senang nak tuduh-tuduh orang tak berilmu.
Harus diingat berapa ramai blogger yang ada kelulusan Degree, Master dan PHD. Jangan harap lu punya bidang kewartawanan tu bagus sangat. Klo lu cakap serupa itu anjing, so lempar je lu punya degree kewartawanan tu masuk longkang. Cukuplah aku hentam-hentam setakat ni. Nanti kang aku kena hentam kat luar pulak. KAHKAHKAH! Bye.
Monday, July 25, 2011
Malaysia Kalah Dengan Singapura. PADAN MUKA!!
Entri aku yang pertama adalah opinion tentang kekalahan Malaysia di tangan Singapura. Memang patut pun kalah. Dah tau Malaysia bakal berentap dengan Singapura, diadakan pulak perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab England dalam jangka masa dekat-dekat. Alangkah bodohnya pengurusan Persatuan Bola Malaysia. Akai takdak!
Lawan Arsenal 0-4, Liverpool 3-6, Chelsea 0-1, Singapura 3-5, overall semua pun kalah. Apa yang kita nak bangga-bangga sangat dalam newspaper tu? Kalau boleh bubuh gol, tapi kalah, baik kasi lena tepi padang jaa. Takpun 11-11 pemain sekali kepung pintu gol sendiri, jangan bagi lawan score. Untung-untung boleh laa dapat seri. Kakakah!
Pernah diorang terpikir akan situasi-situasi pemain yang tengah berjuang tu. Macammana dengan penat pemain-pemain Malaysia lawan dengan team-team Eropah semua tu. Ingat kita lawan dengan team kelab Bangla ka?? Bila pasukan kebangsaan kalah dengan Singapura, mula laa penonton-penonton dan penyokong-penyokong bangang dok tuding jari dan dok maki hamun kat pemain kita. Kenapa tak maki-maki sama pengurusan Bola Sepak kita tu sama? Aku rasa ni semua ada kaitan dan sebab nak publisiti dan wang semata-mata. Yelah, lawan dengan team-team tiptop dunia, mesti laa ramai peminat-peminat mai beli tiket. Malaysia tungging langgang lawan Singapura pun dah tak penting dah. Janji duitt mashukkk!
So, Sapa yang mangkar sekarang?? Penyokong atau FAM? Atau kedua-duanya sekali?? Sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)